Dasar Privasi
Kami hanya mengumpul data yang perlu untuk membina kad anda, dan memadamnya 7 hari selepas majlis. Dasar ini dibuat selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).
Data yang kami kumpul.
| Daripada siapa | Data | Tujuan |
|---|---|---|
| Pelanggan (pemilik kad) | Emel, nombor WhatsApp | Resit, link kad dan makluman berkaitan kad |
| Pelanggan (pemilik kad) | Nama pengantin dan ibu bapa, tarikh, alamat majlis, nombor telefon untuk dihubungi, gambar galeri, nombor akaun dan QR hadiah | Dipaparkan dalam kad seperti yang anda isi |
| Tetamu | Nama, kehadiran, bilangan orang, nombor telefon (pilihan) | Senarai RSVP untuk pemilik kad |
| Tetamu | Nama dan ucapan | Dipaparkan dalam buku tetamu kad |
| Semua pelawat | Alamat IP dalam bentuk kod (bukan alamat asal) | Menyekat spam dan penyalahgunaan |
Siapa boleh lihat data.
- Kandungan kad boleh dilihat oleh sesiapa yang mempunyai link kad.
- Senarai RSVP dan nombor telefon tetamu hanya boleh dilihat oleh pemilik kad (melalui link rahsia) dan pentadbir Kadwara.
- Kami tidak menjual atau berkongsi data anda dengan pihak ketiga untuk tujuan pemasaran.
- Data mungkin diproses oleh penyedia hosting dan penyedia bayaran kami semata-mata untuk menjalankan perkhidmatan.
Berapa lama data disimpan.
- Draf yang tidak dihantar: dipadam selepas 5 jam.
- Kad dan semua data berkaitan (RSVP, ucapan, gambar): dipadam 7 hari selepas tarikh majlis.
- Rekod pesanan dan bayaran: disimpan 7 tahun untuk keperluan perakaunan dan cukai.
Hak anda. Anda boleh meminta salinan, pembetulan atau pemadaman awal data anda dengan menghubungi [Emel rasmi]. Tetamu yang mahu ucapan atau RSVP mereka dipadam boleh menghubungi pemilik kad atau kami.
Keselamatan. Link urus kad menggunakan kod rahsia yang panjang, dan laman ini menggunakan sambungan selamat (HTTPS). Namun tiada sistem dalam talian yang 100% selamat.
Kuki. Laman ini menggunakan simpanan pelayar (localStorage) hanya untuk mengingati draf anda di peranti yang sama. Kami tidak menggunakan kuki pengiklanan.
Hubungi. Pertanyaan tentang privasi: [Emel rasmi].